FUN.


Ya Allah, apa salahku?
Wednesday, 14 March 2012 ? 2 Comment ?
Assalamualaikum semua.

"Aku tak menangis, cuma mengesat mata yg gatal. Ini bukan gambar yg baru aku ambil tapi sudah lama. Hanya ingin menggambarkan kesedihan ku. Ceh."

Entah kenapa, aku rasa mcm dah hilang semua kawan. Mana pergi semua kawan2 aku dulu. Mana......... Atau mungkin aku tak pernah ada kawan. Ye, baru aku sedar kawan aku yg dulu dan sekarang hanya "kawan" bukan "teman". Pada semua mungkin sama maksudnya tapi pada aku, lain. Kawan, aku berkawan dgn semua orang. Ada yg tahu tentang asal usul, kehidupan aku, masalah dan rahsia aku. Dan ada juga yg taktau semua itu tetapi rapat dgn aku. Teman, segalanya dia tahu tentang aku, dari aku kecil hingga aku berumur 15 tahun 6 bulan dan 44 hari, sentiasa bersama dgn aku, yg selalu memerlukan antara satu sama lain.


Baru tadi, kawan aku yg agak rapat semasa tingkatan 3, yg aku kenali semasa darjah 6, kini sudah berpindah ke ..... meng-inbox ku di facebook. Yg mengenali ku semestinya tahu siapakah dia. Tidak perlu aku sebut namanya. Dia meng-inbox ku dan ini isi nya

"thanks pycha jadi kawan aku selama ni. sorry aku ada buat salah kat kau termaki ke apa..... lupakan jelaa smua tentang aku eh..."

Sumpah aku taktau sebab apa. Tersentap sebentar bila dia berkata bergitu. Bertambah kesentapannya bila dia "unfriend" aku. Apa salah aku? Sudah lah baru rasa seperti terpinggir. Tiba2 kau hantar macam tu. SubhanAllah.


Terfikir aku untuk berpindah sekolah dan aku sudah pun memberitahu kakak aku dgn cara me"mention"nya di twitter kerana aku tidak berani untuk meluahkannya secara berdepan. Mungkin baginya aku hanya bergurau. Dan jika tidak baginya begitu, aku tahu itu tetap sukar. Amat sukar. Niat ku bukan untuk melupakan kawan2 lama, cuma............aku hanya ingin mencari kawan2 baru dan yg paling aku ingini ialah teman baru.

Mungkin sekali lagi pada semua org, kawan bukan penting pun, "kawan biasa2 dah lah". Tapi aku jenis yg mudah iri hati. Bukan dengki atau apa, cuma cemburu. Aku cemburu melihat mereka yg selalu gembira bersama kawan2, keluar bersama. Aku tidak ada semua tu. Aku inginkan kawan perempuan yg dilihat seperti adik beradik. Kemana ada aku, disitu ada mereka. Dimana ada dia, disitu ada kami.

Susah juga kan nak mencari kawan? Aku redha dgn ketentuan Allah. Assalamualaikum....

Sorry kalau korg baca cm geli sikit dgn ayat & bahasa yg aku gunakan.
Haha mood tak betul sikit malam ni.


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Walking The Dog-FUN.